Khamis, 5 Oktober 2017

Matematik Kehidupan



             Dosa Jangan di ➕
           Amal Jangan di ➖
           Cinta Jangan di ➗
           Hidup hanya   1  ❌ 


Gugur Bunga kerana Layu

Gugur Iman kerana Nafsu
Gugur Cinta kerana Cemburu

Tertawa kerana Bahagia

Menangis kerana Derita
Bertaubat kerana Dosa
Beribadat kerana Iman

Hidup tanpa Cinta Pasti Hampa

Hidup gila Harta Pasti Celaka
Hidup penuh Dosa Akan Binasa
Hidup Bersyukur Akan Bahagia

Hiduplah tiap hari seperti Matematik:
1. Mendarapkan (x) keGembiraan 
2. Mengurangi (-) keSedihan
3. Menambahkan (+) Semangat
4. Membahagi ( : ) keBahagiaan
5. Meng-kuadratkan Kasih Sayang antara sesama

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali:

1. Waktu   
2. Ucapan  
3. Kesempatan    
Jagalah itu, jangan sampai menyesal kerananya...

Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang:

1. Amarah    
2. Keangkuhan  
3. Dendam  
Hindarilah ia selalu..

Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang:

1. Harapan   
2. Keikhlasan   
3. Kejujuran  
Peliharalah ketiganya..

Ada 3 perkara yang paling berharga:

1. Kasih Sayang 
2. Cinta     
3. Kebaikan 
Pupuklah itu semua..

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti:

1. Kekayaan   
2. Kejayaan  
3. Mimpi    
Jangan terlalu obses kerananya..

Ada 3 perkara yang dapat membentuk watak seseorang:

1. Komitmen          
2. Ketulusan         
3. Kerja Keras        
Upayakanlah sekuatnya..

Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya:

1. Tekad         
2. Kemahuan         
3. Fokus
Usahakan dengan sungguh-sungguh..

Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu:

1. Rezeki          
2. Umur 
3. Jodoh     
Semuanya itu diatur oleh Allah.


TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI
1. Tua    
2. Sakit    
3. Kematian 
Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...


 

Rabu, 4 Oktober 2017

Air Mata Nabi Adam



Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu, apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

 
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? 

Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya :
Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?"
Huraisy pun menjawab,
"Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.




Simpanlah baik2 perkara ini sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah .

Wassallam.

Jumaat, 23 Jun 2017

Menjaga anak perempuan ketika pulang beraya di kampung




Mari Ulangkaji.

Seronok sangat dapat berkumpul bersama sanak saudara. Tetapi jaga-jaga, ada yg memerhati anak perempuan anda barangkali.

Setahun sekali berjumpa maka, kita tidak tahu aktiviti harian dan kehidupan saudara dan org sekeliling (sanak saudara jauh).

Maklumkan awal kepada anak perempuan dan lelaki anda sebelum pulang ke kampung.

1) ibu harus pastikan pakaian yang dibawa oleh anak perempuan anda sesuai dan menutup aurat.

2) beritahu ketika hendak mandi atau ke tandas, bawa terus pakaian gantian. Jangan keluar tandas dengan bertuala atau berkemban. Bekalkan kain batik pada anak perempuan anda untuk digunakan sebagai kain basahan ketika mandi.

*Laranglah anak perempuan dan lelaki agar tidak mandi tanpa seurat benang!

3) Bagi anak perempuan yang sudah baligh, wajib bertudung dan berpakaian menutup aurat dihadapan sepupu lelaki/saudara lelaki.

* Ibu boleh sediakan tudung yg selesa dan mudah sarung.


4) Jika bilik tidak mencukupi, dan tidur diruang tamu secara beramai ramai. pastikan anak perempuan anda HANYA tidur bersama Ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara perempuan atau sepupu perempuan. ( begitu juga dengan anak lelaki)

*Pastikan anak perempuan tidur dengan berseluar panjang BUKAN berskirt atau berkain sarung.

5) Beritahu, jika ada sanak saudara lelaki dewasa/remaja yang ajak bermain didalam ruang tertutup seperti Bilik /Stor. JANGAN IKUT.

6) Jangan lupa ajaklah anak perempuan anada bersama membantu didapur. Ini memudahkan anda memantau pergerakan mereka.

7) Jangan biarkan anak anda hanya terperap di dalam bilik dan tidak bergaul bersama sanak saudara.

8) Oh ya, pesan juga agar anak anda tidak sesuka hati duduk di atas riba saudara lelaki. 

(Ada bahayanya! atas riba nenek boleh..

Raikan aidilfitri dengan gembira tanpa risau keselamatan anak anda.




we care we love.



Selamatkan anak kita.
Team Bengkel Akil Baligh
Pelangi Ilmu Resources.