Jumaat, 8 April 2011

Dunia Badminton

Laluan mudah Chong Wei di Siri Super India

NEW DELHI - Juara Seluruh England, Datuk Lee Chong Wei mempunyai peluang cerah untuk menjuarai Kejohanan Siri Super Terbuka India akhir bulan ini berikutan keputusan beberapa pemain terkemuka tidak menyertainya.

Berikutan itu, Chong Wei dijangka menerima saingan daripada bekas juara Sukan Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia dan bekas juara dunia, Peter Gade Christensen dari Denmark.

Kejohanan Terbuka India dijadualkan bermula pada 26 April ini hingga 1 Mei depan di Kompleks Tertutup Sri Fort di Delhi, venue sama Chong Wei merangkul pingat emas Sukan Komanwel 2010.

keterangan lanjut: http://www.kosmo.com.my/

p/s: sejak kecik lagi teman nie memang minat dgn badminton nie...jgn mare yek!!!