Rabu, 29 Jun 2011

Menunggu Hari...



As Salam semua..

Teman sekarang ini tengah berdebar-debar, rasa takut pun ada walaupun telah melalui pengalaman itu sebelum ini. Pengalaman apa pula ini?....heheheee...bersalin ler, insyaallah dalam masa terdekat ini. Walaupun ini untuk kali keempat tetapi debaran itu tetap ada, tertunggu-tunggu tanda yang pasti untuk bersalin. Semalam rasa sakit perut semacam, dalam hati sudah terdetik....."ehhh, nak bersalin ker nie"

Pagi ini pergerakan baby elok sahaja, seperti hari-hari yang berlalu tetapi perut sentiasa keras sahaja. Mungkin agaknya sarapan tadi dengan nasi, mungkin perut penuh, baby rasa tidak selesa dalam perut. Jadi tengahari ini teman makan jajan-jajan sahaja (Choc Chip Extreme Cream-O) dengan minum air orange Pulpy Minute Maid. Nanti, agak-agak pukul 3 petang teman cari pula pisang goreng Pakcik Caltex Tmn Cempaka dan air milo ais.

Apa agaknya jantina baby teman kali ini?  Ramai yang sudah bertanya, tetapi jawapan teman.."sudah scan, tapi tak nampak". Mahu buat kejutan untuk kakak dan abang-abangnya itu. Bagi teman, tidak kisah baby lelaki atau perempuan, moga-moga baby sihat walafiah hendaknya...amin. Esok, 30hb Jun 2011 ada temujanji dengan doktor Klinik Kesihatan Hillcity, sekarang pemeriksaan kesihatan ibu mengandung masuk seminggu sekali, jawabnya makin dekat masa teman hendak bersalin.

Sampai sini dulu, jumpa lagi...