Rabu, 6 November 2013

Saya Kembali....



Assalamulaikum...



Lamanya saya tidak bersiaran di sini...sebabnya masalah kesihatan, kena gastrik kronik.
Dari bulan Nov 2012 lagi sudah ada tanda-tandanya. Badan sentiasa lemah dan tidak bermaya. Bangun tidur pun rasa lemah juga.

Masa itu terfikir mungkin tidak cukup tidur, Husna pula menyusu badan siang dan malam. Ada seminggu itu dia demam, makanya saya berjaga ler sampai jam 5 pagi...dan terus dari situ badan saya lemah-lemah.

Masuk bulan Jan pun lemah juga, sampai kwn2 ofis cadangkan buat pemeriksaan darah. Saya buat di BP Jln Kampar. Keputusan semua normal, tapi badan masih lemah.

Dan kemuncaknya dalam pertengahan bulan Mac, saya sakit perut yang amat sangat, susah nak bernafas dan badan lesu...sampai tak boleh angkat tangan. Kejadian berlaku sebaik bangun tidur, terfikir macam rasa nak 'mengadap Ilahi' sahaja waktu itu....

Pergi ke klinik, terus Dr. Mastura ckp, "awak nie kena gastrik, selalu lewat makan ker?"
....saya angguk sahaja waktu itu.
Dia tanya lagi " kerja mana nie selalu tak sempat makan?" Saya jawab dalam hati sahaja, kerja tak salah saya sahaja yang suka bertangguh2 waktu makan.

Dari bulan Mac itu, semua klinik swasta yang famous saya pergi. Baik sekejap, lepas seminggu dua datang balik tanda2 kena gastrik. Perut sakit, sebu, kembung, badan letih tak bermaya dan cepat penat. Hospital Ipoh pun pergi...jgn ceritalah bab2 menunggu tu.

Saya cuba juga minuman kesihatan, dengar iklan dari Radio Perakfm mcm best ajer. Habis 3 kotak masih sama juga....

 Adik2 dan ipar2 saya cadangkan pergi jumpa doktor pakar. Klu di Ipoh ini ada 2 buah hospital swasta yang top, KPJ dan Pantai. Dengan KPJ itu, 3 kali saya pergi. Sekali itu jumpa doktor kat bahagian kecemasan dan 2 kali untuk jumpa doktor pakar, bergelar Datuk lagi. Namun nasib tidak menyebelahi saya, bilik doktor itu sentiasa penuh....ramai juga manusia sakit cam saya nie.


Sudahnya saya pergi Hospital Pantai, terus jumpa Dr. Sumithra. Jumpa hari jumaat dan buat OGDS hari Isnin.
Hasil dari gambar2 tu, Dr. kata dgn saya "jangan bimbang, awak sihat"....







 Dah hampir 3 bulan berlalu, sekrg nie bolehlah dikatakan hampir baik. Tetapi klu lewat makan perut itu masih rasa sebu dan kepala pening-pening, rasa mcm nak pitam. 



Doalah moga saya sihat seperti biasa yer. Bila sakit ini barulah terasa betapa kerdil dan lemahnya kita di dunia ini. KepadaNya juga kita kembali mohon pertolongan....

Ok, jumpa lagi..