Khamis, 3 Julai 2014

Cara Membuat Ikan Rebus



Assalamualaikum...
 

2 hari lepas saya membuat ikan rebus nie..sebenarnya ikan temenung itu hanya utk digoreng utk dijadikan juadah saya berbuka puasa nanti..saya ni tak boleh makan sebarangan, almaklum lah bekas pesakit gastrik kronik...
 
Alhamdulillah syukur bebanyak sgt, puasa kali nie penyakit saya tidak dtg dah, dah bolehlah saya bertahan sehingga ke waktu berbuka...tapi rasa lembik lah sikit badan tu, masa berjln pun rasa melayang2..tapi yg herannya rasa penat itu hanya jadi pada waktu tengahari..bila petang, agak2 jam 4 petang gitu, rasa normal semula..
.
tak per lah kan, yg penting kali ini saya dpt menjalani ibadah puasa ini seperti umat Islam yg lain juga..
 
 
Berbalik kepada ikan temenung tadi..ikan itu saya dah siap siang, hanya tunggu nak goreng shj..selalunya ikan goreng ni sedap dimakan waktu panas2 kan..so saya tunggu lah agak2 dah dekat nak berbuka nanti baru saya goreng..
 
alih2 suami saya balik ptg tu membawa hidangan berbuka..emmm, cam banyak sgt kan...tapi tak le banyak sgt..dia hanya membeli lauk2 kegemarannya..
 
 
 
 
haaa...dah lengkap dah, siap ada sayurnya lagi..
 
 
Suami saya sangat memahami keadaan isterinya yg tak berapa kuat sgt nak berbagai2 waktu berbuka tu..katanya ini utk selera anak2, ayam percik tu Danial yg mintak..
 
Kat Stadium ni harga makanan masih dikira ok lagi...sayur, paru2 goreng dan sotong itu baru RM8.00..ayam percik pula seketul RM5.00, kiranya ok sgt lah kerana ayam itu diambil bahagian isi shj, nampak cam bahagian dada..
 
Dan klu pergi pasar ramadhan kat stadium itu mesti tak tinggal membeli roti John..ini antara juadah berbuka yg popular di sini...sampai beraturlah org ramai waktu nak membelinya..
 
 
 
ni lah rupanya..siap ada cop lagi kat kertas bungkus tu..
"KEHANGATAN KEMBALI!!!"...perghhh!
 
 
bila dah lengkap hidangan itu makanya saya terpaksalah simpan semula ikan temenung tu tadi..haaa, masa nie lah terlintas nak buat ikan rebus...
 
Selesai berbuka, saya terus mencapai periuk...masukkan semua ikan temenung tu, 10 keping asam keping dan 2 sudu garam...
emmm, saya guna garam halus shj..malas nak keluarkan garam kasar masa tu..
 
Setelah itu masukkan secawan air, agak2 ikan tu tenggelam ler, dan letak atas api yg perlahan..biarlah ia mendidih anggaran 20 minit gitu...
 
 
 
 
Selesai sembahyang Magrib tu tersedialah 9 ekor ikan rebus saya...ambik ikan2 tadi dan masukkan dlm bekas dan tunggu sejuk dulu sebelum saya simpan dlm peti ais...
 
 
 
 
 
Esoknya waktu berbuka saya hanya ambik 3 ekor dan goreng..
saya siapkan juga bahan2 nak lawan dgn ikan rebus supaya lebih berselera bila menikmatinya..
 
waktu ni saya dah tak pandang lauk lain dah...hihihi...


Resepi ikan rebus goreng
3 ekor ikan rebus
1 ketul bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
sedikit lobak dihiris
sebiji tomato dipotong 4   
3 urai kacang panjang dipotong anggaran setengah inci 
sedikit saderi sehiris nipis
garam secukup rasa

Cara memasak
 
1. Ikan rebus digoreng, setelah masak bolehlah diangkat dan diletakkan dalam pinggan.
 
2. Tumiskan bahan2 yg bertanda * sehingga naik baunya.
3. Masukkan lobak, kacang panjang, saderi dan tomato. Kacau rata.
 
4. Masukkan garam dan sedikit air utk meratakan perencah tadi.
5. Setelah lobak dan kacang panjang lembut, bolehlah tutup api.
6. Angkat dan letakkan bahan2 perencah tadi di atas ikan rebus yg telah digoreng tadi.
 
Dan bolehlah dinikmati bersama nasi putih panas2..
Selamat berbuka puasa kepada kwn2 yer..
 
 p/s:ikan rebus yg selebihnya boleh disimpan dalam bekas plastik dan simpan dlm peti ais, bila memerlukannya hanya keluarkan dan masaklah mengikut citarasa masing2..
 
Ok, jumpa lagi...



 

6 ulasan:

  1. Huhu..ana tak suka ikan rebus2. Tapi tak salah kot rasanya nak mencuba. Mane la tahu ade org pebret pastu ngidam masakan cenni. Leh la ana tlg masakkan. Hik hok!

    BalasPadam
  2. ecah suka ikan rebus..makan dengan nasi panas2 + sambal blacan..sedap..

    BalasPadam
  3. First jengah ke sini..

    Kesukaan saya dan suami juga ikan rebus goreng nie..lagi bila makan panas² dengan nasi panas ada plak ikan singgang ngan ulam budu bagai..memang terangkat...

    Thanks sharing resipi lepas nie boleh cuba goreng ikut resipi nie..selalu goreng camtu jer..

    BalasPadam
  4. ikn sekarang kurang sihat sikit.. tak boleh simpan lama.
    selalu juga rebus bnyak2..

    sedap bila digoreng balik.
    ada rasa masam2 asam keping.

    BalasPadam
  5. Kat Seremban ni saya suka Roti John Ijan. Perghhh...sehingga menjilat jari tangan. Hehe..

    BalasPadam
  6. simple, sedap dan sihat! saya suka makan dengan air asam.terliur pulak pose-pose ni

    BalasPadam