Khamis, 29 Mei 2014

Pingat Danish



Assalamualaikum..


Hari ini kami rehat2 ajer di rumah...cuti kemangkatan Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak yang ke-34, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah semlm...

saya sebagai anak jati negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Perak dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah dalam kalangan para anbiya, syuhada dan solihin...
Amin Ya Rabbal Alamin...


**************************

Tu hari kan saya dah cerita, kata Danish ada pertandingan lumba lari kat Pra Sg. Rokam..masa tu mama dia pun tak tahu bila pertandingan tu akan berlangsung..

Tup tup tengahari Selasa tadi, masa ambik Danish kat sekolah...saya nampaklah kat leher dia ada kalungan pingat..
ada beberapa org lagi yg dapat..Iz Haziq, Al-Harith, Nasri, Haqim...p'puannya pula Alisha, Aisyah Husna dan Elleana...

senyum melebar ajer masa dia masuk dlm kereta...

"Danish dapat no berapa?.." tanya mamanya..

"tiga.."...

"Titish dah lari laju dah tapi Nasri yg lambat...dia dpt no 3"...terang Danish...

"oooo, patutlah dapat pingat gangsa..
ok, tak per, lain kali Danish lari laju lagi tauu"..
kata mamanya bersungguh2 dgn niat utk menaikkan lagi semangat anaknya bersukan...



ok, kita possing kat luar dulu...



cuba tgk kasut dia tu...hitamnya!!... 


tak perlah Danish, esokkan dah cuti....lama lak tu, 20 hari lebih kurang...


Ok, mai kita tgk piala dia dekat2 yek..




Karnival Sukan Prasekolah 2014 Kelompok 8
Lari Berganti-ganti 4 X 25 meter Lelaki



Menambahkan lagi bilangan pingat gantung2 kat rumah nie...
simpan ajerlah dlm almari kaca mama tu...


**************************

Pagi tadi saya cadang nak goreng mee siput nie...
bahan2 semua dah siap...tiba2 lak gas habis...





mee nie kering, bulat2 ajer bentuknya..nak masaknya kita kena rendam dulu dlm air panas anggaran 4 ker 5 minit...
dah lembut sikit, angkat dan toskan mee tu...
lepas tu terpulanglah kita nak masak apa.....

saya selalunya masak macam buat mee goreng tu..
rasanya biasa ajer, kenyal2 sikit...

kwn2 pernah tak masak mee siput nie?..
selalunya korang masak apa yek? 

sapa2 yg ada idea bolehlah kongsi dgn saya yer...



Ok, jumpa lagi..