Khamis, 2 April 2015

Serupa Tapi Tidak Sama




Assalamualaikum..



Semlm kami pergi ke BSN Medan Gopeng untuk membuat buku akaun Danial.
Sementara duduk menunggu giliran, ada seorg pakcik itu menegur suami saya, katanya muka suami seperti MB Selangor tu, Azmin Ali...wahhhh!!!

hihiiii.. tergelak2 kami mendengar kata2 pakcik itu...

Inilah kali pertama kami mendengar komen sebegitu..rasa pelik jugak tapi itulah pandangan mata seseorang itu berbezakan...

Dalam hati saya berkata juga, mana samanya muka suami saya dgn MB Selangor tu, hensem lagi suami aku dr dia..hihii...

Oleh kerana muka suami sudah hampir seiras dengan muka seorang ahli politik yang hebat dan berjaya, makanya saya berdoa semoga suatu hari nanti suami saya juga akan success dalam apa jua bidang yang diceburinya..

"nanti bila Abg sudah berjaya dan glamour nanti jangan pulak lupa dengan anak-anak dan isteri di rumah yer!!..."



Ok, kita pergi ke cerita saya pulak ..

Diri saya ini sudah menjadi kebiasaan orang selalu sangat kata saya nie cikgu..cikgu.. cikgu...cikgu dan cikgu...

Lagi sekali ulang yer...cikgu, cikgu dan cikgu...

Ayat diaorg ini ada macam-macam tapi tetap akan menjurus kepada kata-kata yang menyatakan saya ini cikgu.
Kadang-kadang itu saya tidak bersembang pun dengan org ini, tapi dia terus cop saya ini cikgu.
Agaknya ada cop hitam pekat CIKGU melekat kat dahi, kat hidung atau di pipi saya ini...
entahlah..

Mula-mula dulu rasa pelik jugak, kenapa org memandang saya dengan cop cikgu ini.
Kalau sekali atau 2 kali atau 3 kali itu kira oklah jugak tapi kes ini terjadi sudah berkali2, sudah bisa terjadi...  

Selalu juga saya ceritakan kepada suami dan anak-anak perihal cop cikgu ini.
Org itu cop saya cikgu, org nie pun cop saya cikgu.
Saya berjumpa dgn org sekian-sekian kata saya nie cikgu.
Kenapalah agaknya yek?

Pernah juga tuhari Klong kata agaknya mama ni cakap garang dan tegas-tegas mcm cikgu.
...entahlah Long, mama tak sembang pun dgn org itu, senyum shj pun tapi dia cop mama ini cikgu!..

Ada sekali itu masa nak bayar kat kaunter di Pasaraya Billion, Klong berdiri di belakang saya.
Seorg makcik ini depan saya, senyum2 dan sembang-sembang sikit dengan saya dan terus dia agak kata saya ini cikgu.
Saya pandang Klong yg sememang jelas mendengar perkataan makcik itu. 
Klong hanya senyum kambing shj...
...betulkan klong org selalu cop mama ini cikgu, terbukti ok...

Dulu-dulu suami saya ini macam tidak percaya sgt dgn cerita saya pasal cop cikgu ini.
Bukan tidak percaya tetapi kurang percaya..ehhhh, ada beza ke kedua-duanya itu..
Tetapi sekarang ini tidak lagi, dia betul-betul percaya. Sebabnya perkara ini selalu terjadi di depan mata dia.

Ada satu petang itu, kami ke kedai jahit untuk membuat sulaman tanda nama pada vest Klong. Sembang-sembang dengan tukang jahit itu dan akhirnya terkeluar soalan, "puan kerja cikgu yer.." teka tukang jahit ini dengan yakin.

Saya cepat-cepat geleng kepala, "tak...tak...saya bukan cikgu"

Baru ini pun makcik jaga dekat sekolah anak saya kata saya cikgu juga. Peristiwa berlaku di depan suami saya. Betulkan abg org selalu cop saya cikgu...


Bukan kata org Melayu shj kata saya nie cikgu, kaum India dan Cina pun sama.
Saya ini tidaklah heran sgt klu mereka ini selalu panggil saya cikgu, mungkin bagi mereka ini satu panggilan yang mesra dan hormat. Ada ker macam itu alasannya...entahlah..

Kekadang saya selalu terfikir, kenapa ler agaknya org suka cop saya nie cikgu.
Adakah dengan hanya melihat bentuk muka saya yang tembam dan garang ni, org cop saya cikgu.
Selalunya cikgu-cikgu ini raut wajah mereka mendamaikan dan sesuci embun pagi, perwatakan baik, penyayang, mesra dan lemah lembut.
(3 orang adik ipar saya yg betul-betul cikgu sememangnya cara mereka begitu.)

Cara berjalan juga orang boleh agak mereka itu cikgu.
Terserah gaya cikgunya, tersusun kemas setiap langkahnya dan berkeyakinan. 

Berbeza benar rasanya dgn cara saya berjalan yg kadang-kala macam nak terjunam,
terhoyong hayang bagai pokok hendak tumbang semasa ditiup angin, jalan pun bersepah-sepah dan lintang-pukang.


Ok, bayangkan pulak saya tidak berjalan, hanya tegak berdiri.
Mungkin org ini hanya melihat cara pemakaian tudung dan baju saya shj.

Pernah terjadi sewaktu saya tgh selekeh dan serabai memakai seluar panjang tanpa iron dgn blaus longgar saiz XXL pun ada jugak org cop saya cikgu.
Masa pakai seluar jeans pun ada jugak org tegur kata saya cikgu..
(..cikgu pun boleh jugak pakai seluar jeans tu yong oiii!!!..)


Kadang-kala saya rasa penat bila selalu sgt orang cop kita ini cikgu..


Ohhh tidak!!!!


Kesian seluruh warga cikgu, ada seorg hamba ALLAH ini telah mencemarkan nama baik mereka.


Maafkan saya yer..
Saya bukan cikgu yer...



Wassalam.