Khamis, 21 Januari 2016

Ulang Tahun Perkahwinan




Assalamualaikum...


Saya ini sudah lama sgt tidak menulis di blog. Alasan biasa tiada masa terluang. Bila sudah masuk semester baru makanya berlakulah perkara baru. Seperti biasa (emmm..) saya akan dapat subjek baru lagi semester ini. Kiranya setiap semester on off dengan dua subjek ni..so sebagai seorang kakitangan yg baik (maafkan saya jika saya terperasan yer), saya terima aje lah subjek baru tu dgn akur.

Kadang-kala kita ini janganlah emosi sgtkan, bukan susah sgt pun subjek tu..selalunya itulah kata2 hikmah saya dgn pelajar2 ni..tambah saya lagi, pejam mata pun boleh buatkan...yg penting kena selalu buat latihan, yg susah akan jadi mudah, bila mudah pasti terasa senang kan..

Cerita keluarga pula, biasa-biasa shj. Husna masuk tadika umur 5 tahun. Dua minggu pertama ke tadika kemain ceria, kejut bangun tidur sekali aje panggil terus bangun.
Terus bukak baju dan mandi dgn senyum2. Bersemangat!!...

Masuk minggu ke-3 ni, hari Isnin dah bagi alasan sakit perut. Kejut berkali2 tak bangun2 jugak. Sampai saya angkat dia masuk bilik air pun mata masih tertutup rapat. Dlm perjalanan ke tadika tu selalu buat muka sekupang..:(

Hari Selasa bagi alasan sakit tekak pulak, siap batuk2 lagi sampai muntah2 dlm kereta. Sebelum sampai tadika dia ckp nak bawak sosej goreng..mak tuan oiii, mana le mama nak cari sosej goreng pagi2 ni Una...kesian mama dia ni, ikut jln jauh sikit nak tgk kat kedai kuih2 tepi jln tu kut2 ada org jual sosej...

Demi untuk melihat anak ceria ke tadika saya ikutkan shj katanya...sampai situ tak memandang le jawabnya. Org perak kata tak memandang tu maksudnya tiada ok)..

Dah tak de sosej, dia tukar lak nak roti canai..pecut pulak ke satu lagi kedai ni cari roti canai lak...emm, nasib baik ada, lega ler hati mamanya ini..minta tolong jugak abang tu carik2 kan roti canai dia supaya senang nanti Husna nak makan..masuk dlm bekal simpan dlm beg..

Sampai tadika, bila masuk buat muka takut2...tak tahu ler apa kena dgn Husna tu, terlebih manja sgt agaknya..hari Khamis dan Jumaat tu dia demam, mungkin belum sembuh sepenuhnya kut..

Semalam (Rabu) bagi alasan sakit perut plak..mcm2 le alasan dia tu...

Pagi tadi buat perangai lagi, kat dlm kereta muntah sampai habis kena tudung, t-shirt dan seluar pj..balik ke rumah semula utk tukar baju lain...dia kata tak nak pergi tadika, nak ikut mama ke ofis...saya hantar juga dia ke tadika, sampai sana muka sudah pucat, tangan sejuk mcm air batu...dia tarik tgn saya sampai masuk dlm kelas dia kat tingkat atas taska....

Bila cikgu ambik, dia mula meraung kuat2...
Hati kita sbg emak ni sensitive betul, bila anak jerit2 mcm kena sembelih mula ler hati tak keruan dan air mata lak berlinang...

Dlm hati saya selalu berdoa semoga anak kesayangan saya ini selesa belajar di tadika dan gembira belajar di sana...

"YA ALLAH, tenangkan jiwa hambaMu yg lemah ini.., berilah kekuatan untukku menghadapi dugaan ni, perkenanlah harapanku ini...amin"


Hari ini juga ulang tahun perkahwinan kami, suami isteri yg ke -15 tahun. Untuk meraikannya maka malam tadi kami makan Shell Out atas daun pisang di Restoran Nur Kasturi, sebelah Butik Ratu, tepi 7E, lokasi Greentown. Saya ni dah malas nak bergambar2 ni, lagi pun kamera dah rosak masuk air, terterjun dlm kolam renang tuhari...kamera hp pun dah rosak, pun sama2 kami masuk kolam renang..dah sampai masa nak rosak, pasti ada sebab munasabab kan, kena terima dgn redha..


Ada ketam, udang, sotong, lala, sayur2 dan nasi putih..free 1 botol air kosong dan free nasi putih...ada kelainan sikit di sini, ada tambahan kerang rebus...emmm, sedap dan segar rasanya..

Saya dah mkn Shell Out ni di Mydin dan Restoran Pak Tam, tapi ini yg palingggggg ok...kerang-kerangannya panas iaitu baru dimasak dan terus dihantar kepada pelanggan dan nasi putihnya pun panas...nanti sapa2 yg dtg area Ipoh atau duduk sini, saya cadangkan dtg ler ke Restoran Kasturi ni untuk makan Shell Out..betul2 best, saya tak tipu okey...:)


Ok, kami berdoalah semoga ikatan perkahwinan kami ini sentiasa diberkati oleh ALLAH dan jadilah keluarga kami bahagia, ceria dan aman sentosa selalu..



Ok, itu shj utk kali ini, jumpa lagi..itu pun jika ada kelapangan masa dan waktu yer..:)